Ingat aku dulu-dulu..

Sory entry nie berjela sikit. Entry ni pon sebenarnya nak menjawab tag2 yang diberi, dari bezbuddy (bukan nama sebenar)

tadika amal taman jasa mrsm kkb matrikulasi melaka kehidupan di ukm
 Tadika amal taman jasa. tadika aku masa umur 5 ngan 6.

Ok, mula dari zaman kencing dalam seluar, tadika. zaman ni tak berapa aku ingat sangat kenangan2 yang ada.
maklumla, kecik2 aku ingat main anak patung power rangers je. tapi selalu kena curik.
mana nak tahu apa jadi time tu. tak tau nak cerita apa. yang mak aku selalu cakap,

tadika amal taman jasa mrsm kkb matrikulasi melaka kehidupan di ukm
hero kita
 
"Kau dulu tadika masih menyusu botol, tiap2 kali rehat mama bawak susu botol untuk kau, dah besar mama suruh pegi kedai pon kau taknak."
Fine, mmg tadika aku hisap botol susu pon. sampai darjah2 kot mengkendong botol susu. macho tak aku? sungguh macho kan?
dan aku memang nakal dulu, sebab masa tadika la muka aku tak serupa orang. serupa beruang panda pon ada. lebam sana sini. nakal. tak suka duduk diam. sampai la besar ni. memang tak reti diam, nasib korang la.

"Saya sekolah dekat SRK selayang baru 1"
sory tak ada gambar pulak.

Stage ke2, sekolah rendah. zaman aku membuang masa dan duit pulak. Zaman aku habiskan masa depan tv tengok digimon pokemon dan jugak beli pelekat2 nya.
pergh, dulu gila femes digimon pokemon ni. sanggup melalak nak ponteng sekolah nak tengok digimon. hah, mak aku da bawak kuar hanger suh pegi sekolah baru nak pegi.
sekarang ni mana ada lagi cerita2 macamtu. ada2 memang ada, tapi tak semeriah dulu. tak da input. dulu usop sontorian tu da kira high class katun dah tu. sekarang macam2 tapi memang tak leh compare dengan dulu.

budak2 sekarang kejenya melepak kat timesquare je.
dulu aku mase form4 pon aku tak tahu apa binatang timesquare tu. dah besar ni baru tahu.

************************************************
koleksi buku sticker.

Hah, pelekat2 pulak.benda ni memang aku ingat sampai mati. pelekat pokemon. dulu kalau dapat penuhkan 1 buku dia. dapat ps one. ps one da kira power dah. dulu aku main polistation je. yang pakai tape tu.

dan2 kedai jual plekat tu betul2 sebelah sekolah aku. sangat pandai pilih tapak niaga.
dulu mak aku bagi 60sen setiap hari, tak termasuk bekal makanan dengan botol air lagi. so, 60sen tu memang aku manfaatkan dengan beli sticker tu.
teringat kat sorang member aku nie. mengencing aku.

"bagi aku buku tu, nnti aku tukar psone pastu aku bagi kau."

Aku dengan lurus dan bendul pon bagi. last2 ps one kemana, sticker aku kemana.
tapi tengok la kehidupan sekarang. jadi mat2 rempit je. SPM pon fail.  amik kau. berkat doa aku dulu memang kena kat kau. sapa suh tipu aku.
p/s : lain kali jangan tipu orang. aku memang benci kat kau lepas kau curik sticker aku.


Stage nak remaja. Sekolah menengah. zaman bercinta dengan budak kain biru.
Masa aku form1 sampai 3, aku sekolah kat SMK darul ehsan, selayang baru. tak ada apa yang menarik pon masa nie. time ni semua kawan2 aku sekolah petang, tapi aku sekolah pagi. sebab aku amek aliran arab.
so memang persepsi kelas2 lain dengan kelas kitaorang agak terok. sebab tu sekolah menengah harian aku ni aku macam tak ramai kawan je.

Tapi yang paling best yang aku ingat, masa setiap kali abis PJK. lepas PJK mesti lepak tepi tandas lama tuk tukar baju.
30-40minit ada kot melepak buang masa tepi tandas. sebab malas dan penat nak masuk kelas.

***********************************************

Then bila result PMR ok, masa form4 aku dapat masuk MRSM Kuala Kubu Baru, selangor.
ni aku panggil MRSM tentera. sebab stail belajar yang sangat extreme.
lagi2 subjek addmath. berani la korang tak siap homework or keje2 lain.
tak duk tengah padang satu kaki, korang kena berenang atas padang. bes tak?

Sekarang dah tak ada sangat da cikgu2 yang garang macam tu. takot kena saman dengan mak bapak.
sekarang kan budak2 nie manja. kena rotan pon nak pegi saman cikgu.
aku dulu tak terkira kena rotan. kena jumping jack. kena merangkak pusing kelas.

skema betul aku dulu.

Tapi bersyukur la dapat cikgu yang ganas macamtu. kalau tak, tak adanya aku kat UKM sekarang. takda la aku minat subjek math ni. boleh la buat soalan2 math. terima kasih cikgu.

Abis SPM, isi borang upu. Mintak terus Diploma Sains Aktuari kat UITM. sebab sains aktuari ada kat UITM je, dan diploma. malangnya aku tak dapat. dapat second choice, asasi kejuruteraan mekanikal.

"Kau kalau minat sangat aktuari, jangan amik asasi tu. cuba masuk matrik. mana tahu dapat aktuari lepas amik matrik. jimat masa skit, terus ambik degree"

***************************************************

So, mengikut nasihat pakcik aku, aku pon masuk matrik. Matrikulasi Melaka.
bagi aku, masa matrik la masa yang paling aku enjoy gila. study pon ala2 kadar je. banyak main. belajar ponteng kelas.
semua budaya dari matrik la tu.


Tapi betul la orang cakap, bdk2 sekola asrama macam SBP ke, MRSM ke, susah sikit nak survive duduk matrik.
alasan, sebelum nie selalu sangat kena suap. hakikatnya, memang betul pon.
kenapa ramai budak MRSM dengan SBP dapat result gempak. sebab banyak sangat dapat suap la.
tup2 soalan SPM sebijik macam soalan yang cikgu bagi.
bila sampai matrik takda sapa nak suap, result pon jatuh. itu realiti.
ponteng kelas, suh orang sign kan attandance, orang pegi kelas, kita tido. kalau aku wat peratusan, 85% yang buat macamtu mesti dari kalangan yang bersekolah asrama.
Nak cakap zaman matrik aku, memang best la. banyak kawan satu kepala. bukan banyak badan kongsi kepala.
tapi sama perangai. otak gila2 macam aku jugak.


Dan sekarang aku di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pula. amek kos pilihan kedua kat borang upu. Degree of Actuary science. pilihan pertama dekat UM, tapi tak ada rezeki.
anyway kat UKM pon best jugak. kawan2 se fakulti sangat best.


So, aku harap UKM nie bukan platform terakhir aku tuk terus belajar. sebab sebenarnya aku suka belajar. cuma keadaan je kadang2 buat aku tak suka study. kenapa? aku pon tak tau.

Tiba la masa nak tag orang pulak. nak tag 5 orang je buat benda ni. siapakah yang bertuah?
1) Alynn notnot  (membalas tag beliau sebelum ni)
2) Makcik piqa syuhada
3) Watashi wa aki. (aku tambah jadi?, nanti jadi la watashi wa aki, jadi? haha)
4) Fatin koya~
5) Sesiapa je nak wat. aku menggalakkan korang mengimbau memori dulu.

p/s: Terima kasih la kalau korang baca entry aku ni, panjang sangat, kesian korang(:




Sila Mengomen.