Siapa yang kata post aku ni racist, salah besar la korang.
aku bukan racist ok. fullstop
**************************************************
Nostalgia ni berlaku pada masa MMP dulu. Minggu Mesra Pelajar, atau nama lain hari orentasi la.
hari orentasi aku memang bosan, sebab nya aku tak join.
mana taknya, aku join debat masa tu, sibuk dengan debat je. orang lain berorentasi, aku lepak kat bilik felo je, train debat.
bosan kan? sebab tu aku cakap MMP aku tak best.
MMP tu seminggu, kira sempatla aku join 2 hari, sebab debat 3 hari je.
walaupon 2hari je aku join, tapi macam2 benda berlaku. contohnya macam tajuk kat atas la. kawan cina aku yang best + sengal dan selalunya lurus bendul.
Story dia macam ni. masa MMP.
"Sekarang semua berkumpul kat kafe, kita akan mulakan ceramah ni sebentar lagi."
Then semua pon bergegas la duduk kat cafe tu. maklum la, budak baru masuk, mampu ikut arahan jela.
kang dah jadi second year, third year. jangan harap aku nak ikut cakap dia orang.
Kemudian ada abang yang macam kerek tu cakap.
"Saya nak awak semua off fon awak, saya taknak dengar. kalau saya dengar saya akan rampas"
Ok, dia yang cakap tu menjaga disiplin pelajar. so, aku pon ikut jela arahan. aku keluarkan fon aku, aku off. tiiittt. macam tu jugak dengan orang lain. masing2 sibuk men"off" fon diaorang.
kecuali satu mamat nie. orang cina. aku pelik tengok dia. muka mengelabah semacam je.
dok sibuk meraba poket seluar track dia masa tu.
Semakin lama aku tengok dia, makin2 mengelabah aku tengok dia.
"apahal bro? fon kau hilang ke?"
Dia pandang sinis je kat aku. senyap, tak membalas apa2 pon. so, aku pon malas nak layan.
tapi semakin lama tu, dia buat aku gelisah pulak. nama kawan, walaupon baru kenal, aku pon ambik berat sebenarnya. aku pon search2 la sekeliling aku, kot2 ternampak makhluk yang bernama fon tu.
"u letak mane beb? bila u perasan hilang?"
Tak menjawab lagi. sombong giler dia masa tu. ok, fine. aku cakap kat orang depan kot2 nampak fon dia.
punya caring aku.
pastu dia segera angkat tangan. dan memanggil seorang fasi yang ada masa tu. kakak tu pon ayu je datang kat dia.
"Ya, awak ada apa2 problem ke?" *dengan nada ayu dan sopan
"Saya nak balik bilik"
"Kenapa?" *ayu lagi
"Saya nak off fon saya. fon saya kat bilik. nanti kalau berbunyi abang disiplin tu mara"
shit. WTF. bengong.
*****************************************************
p/s: aku tengok kakak ayu tu pon bla dan wat2 tak kenal je dia lepas tu.
*****************************************************
Sila Mengomen.