Perempuan ni, pandai ayat senang je dapat.

Adik aku kata:
Awek ni ibarat bola, tak best la bolot sorang2, kena main passing2 baru best.

***********************************************
Abis la kau angah, kalau awek kau baca blog aku konfem2 kau yang jadi bola.
dia sepak2 kau.

Dush, amik kau!

Kisah aku kali ni time2 kawan aku dah bosan dengan awek dia. sebab awek dia ni suka emo2, touching2, suka kongkong.
lagipon awek dia nie jauh, kat johor, yang kawan aku pulak kat selangor. tak penah jumpa tapi couple. cinta jarak jauh.

pastu dia dok pikir2 macamna nak clash dengan awek dia ni dengan cara paling sopan sekali.
well, ada certain laki kadang2 ego, kalau boleh, dia nak jadikan pompuan tu yang bersalah dan punca clash tu.
seyes ni. tak tipu punya.

"Khai, leh tolong aku tak. aku dah bosan la dengan awek aku. kau ngorat dia leh?"

"Ha?" *dengan gaya comel

"Yela, kang dia dah sangkut kat kau, kau cakap la aku yang suh, nak uji kesetiaan dia. ada la alasan aku clash dengan dia"

Cis, aku mana pandai ayat. walaupon aku ni hensem baik, awek pon tak de.
aku reject pelawaan dia.
so kawan aku ni mintak tolong kawan aku yang lagi satu. aku panggil dia abg A jela.

Abg A - si kasanova terlampau

Abg A ni memang power la ayat dia, awek keliling pinggang. muka tak hensem pon.
aku pon pelik. cepat je abg A ni mengayat awek kawan aku tu.

Hari 1  - mesej.
hari 2 - calling2
hari 3 - bergayut.
hari 4 - couple.

4 hari je kot dia melunaskan misi beliau. bapak hebat.
aku pon tak tahu macamne dia buat.

*****************************************************

bab kawan aku tu, call awek dia nangis2, bajet macam perempuan tu mainkan dia je.
padahal dia yang suruh. konspirasi. biasalah, korang ingat politik, artis je ke ada konspirasi? kehidupan seharian kita pon ada ye.

"Bro, macamne kau ngorat awek tu? aku tengok kau tak la hensem mane."

"Perempuan ni kau pandai ayat je, cair la dia. pandai ayat senang la dapat"

shit. aku mana pandai buat ayat. ada sapa2 nak ajar aku? 
fullstop.

p/s: sapa yang kita nak salahkan? si suka mengorat? atau si senang dingorat?






Sila Mengomen.