bila khairul anuar azman sudah masuk contest menang blackberry

balik balik kontest. menang tak pon.
ni kira kontest ke 4 aku masuk.
sebelum ni dok masuk asyik kalah je.
tak pe, kali ni hadiah dia bukan calang2. bb tu? bukit bintang? bukan.

blackberry tuuu...

hari ni aku terpakse balik ke UKM, sebab sok ade kursus amenda ntah.
biasa la, orang femes banyak betul keje. pergh, sejak bila aku femes pon aku tak tau.

nak dipendekkan cerita, aku sampai je bilik, aku terus bukak laptop, on9 facebook.
post satu status merepek, tunggu notification, komen2 pastu senyum sorang2.
hah, bende tu jela aku buat selalu sampai malam.
kalau pandang dari sudut ilmiah memang buang masa, tapi semua buat, so aku tak kesah.

tiba2 kat feed aku ade satu status dari aniss.


OMG. (gedik)
aku lupa lak pasal contest ni. hari2 aku bukak blog, hari2 aku cadang nak buat, hari2 jugak aku lupa.
pergh, melihat kat tarikh menunjukkan tepat pukul 11.59malam ni, berakhir jugak kontest ni.

sila la melawat blog beliau ye.

gua pikir rugi gila kalau gua tak masuk. jadi gua join, bajet gua boleh menang kot.
sekali lagi. blackberry tuuu...

******************************************

switch.

jadi aku pon dah berkobar2 nak buat kali ni. bukan pe, mana tau dah jadi rezeki aku, dapat la aku merasa blackberry.
jom follow ape yang aku buat tuk kontest ni kali ni.

pertama.

mesti la bukak blog cik adik manis,TTT dulu. tengok ape yang perlu buat, ape yang tak perlu buat, apa yang kena ada. semua la. nak masuk pertandingan besar ni kena detail sikit. kan3?


hah, da faham?
so kita kena buat satu2 kot.

kedua.

mak aku kata, kalau kita nak menang, kita kaji dulu lawan yang ada.
jadi dengan kesusahan dan kepayahan la aku membesarkan bijik mata meneliti semua peserta yang ada.
bukan nak ciplak idea, cuma kalau dah tau opponent buat ape, senang la, nanti takada la poster yang stail dia sama kan?
dengan situ aku boleh mencari kelainan sikit.

tapi semua peserta hebat2 la. semakin tipis peluang aku nak menang.
haish !

ketiga.

ni yang payah sikit. bab yang kene tulis kat kertas tu.
dengan kertas takde, pen takde, marker ape ntah lagi. lagi la takde.
dengan itu gua pon meringankan bontot gua pergi beli marker kat "UMART" jap.




tadaa !
eh, salah. ni mee yang mak gua kirim nak balik tadi.


tadaa! ni baru betul baru beli tu. bau kedai.
kertas ni gua tak beli pon, gua amik nota gua sem lepas, depan ade nota , belakang kosong.
so gua tibai la. ekeke tak bertanggungjawab betul gua. sian junior gua nanti gua tak dapat nak bagi nota.

time nak menulis pon satu hal gak. ni kalau budak sekelas sekolah menengah tengok ni, konfem aku kena bahan.


mana taknye, dulu time menghias kelas, liat gila aku nak buat.
ber"infiniti" alasan aku bagi sebab malas nak buat. kirim salam la aku nak buat,
tapi bb punya pasal.. ah, aku tau korang tak baca blog aku. ekeke

keempat.

yang ni susah jugak ni. sesi photoshot. macam2 gaya aku buat, kalah shahir feveret mak aku tuh aku punya posing.
berdiri, baring, mengangkang, lompat semua aku buat.
cuma... malangnya kamera aku tak lawa la. guna kamera fon je. 2 megapixel kot.
ah ! yang penting kalau muka dah hensem, hensem jugak jadinya.
damn.


tengok ler, macam2 gaya aku buat.
jgn gelak. gelak siap korang.

kelima.

ini sesi mengedit. yang mana putih di cerahkan, yang mana ade jerawat batu besau aku boleh hilang kan.
semua bisa dibuat dengan...

photoshop !

aku tak pandai sangat guna phtoshop ni. yang bagi aku pandai emora, hah, dia tu pro kot photoshop.

1 jam plus plus jugak la aku edit. nak kata cantik tak la. tapi boleh la tahan..
ini la hasil nye.

mungkin anda boleh klik untuk pembesaran ?

gambar ni aku buat bertemakan retro sikit. 60-70 an gitu.
harap2 la aku dapat blackberry. aminn..

seterusnya, kita follow TTT dan letakkan banner di sidebar.

selesai memfollow ;)



p/s : gua ingat nak jumpa bomoh suh bagi jampi sikit kat TTT bagi gua menang. tapi bomoh tu cakap nak gambar full. damn. cik TTT tu kan tutup mata. tak dapat la gua bomohkan dia. tapi macam cantik kan TTT tu. bek gua bomoh kawen dengan gua. (meoww) -ini semua tipu je ok?-


Sila Mengomen.