melihat pada nama myspace dan blog, betul, aku la dr, DRCOMOT.
"Taklah pakcik, amek sains aktuari kat UKM tuh.. Tapi susah skit la kos tu pakcik." jawab ku bongkak.
"Ape susahnye aktuari tu.. tanye pakcik nie.. kaki pancing.."
"apahal lak pakcik nie", lalu pakcik itu lebih bongkak menjawab.
"yela, aktuari tu kan pasal ikan2.."
Melihat situasi diatas, klu korang menyokong pakcik tersebut, sah la korang nie xmengambil tahu hal semasa..
bak kate berudu kepada parent mereka, bek tros jd berudu dari jadi katak bawak tempurung.
Jadi saya, Khairul Anuar bin Azman, berumur 19tahun akan menerangkan ape tu kos yg saya amek sebenarnye.
Realiti skrng nie ramai yang xtau sains aktuari nie ape. Sains perikanan? Kulinari? Ubatan?
Sampai mak saya pon ckp kdg2 dye letih nk terangkan kat member2 dia yg aku nie amek kos ape..
So, apakah sains aktuari ini? Sains Aktuari nie adalah salah satu kos yang melibatkan pengiraan matematik tahap hokage lebih2 lagi dalam bidang probability dan statistik.
Mcm Prof Izi ckp, org2 aktuari nie org anggap mcm fortune teller, mcm gambler, mcm bomoh. sebab keje aktuari nie meramal aje. Sbg contoh, kita perlu menggunakan kemahiran matematik seperti kebarangkalian atau bhse saintifiknye probability untuk meramal bpe org yg akan mati tahun depan. or brapa keuntungan syarikat tahun depan.
Dengan kata lain, org aktuari nie menggunakan pengiraan matematik untuk memandang masa hadapan, supaya klu dpt meramal sesuatu yg buruk, boleh dan sempat beli payung dikedai payung. yela, sediakan payung sebelum hujan kan (:
Jadi, senang ke kos ini? spe yang amek kos nie bangge la, sbb nak msuk kos nie pon bukan mudah, berpenat2 dulu baru dapat kos nie, da dapat, jgn sia2 kan !
Peluang pekerjaan? senang je nak ckp, kalau result bek dan excellent, mesti jalan kejayaan pon terbuka luas. xgitu?
Mcm yang aku tahu, org aktuari nie ade bpe je kat malaysia nie, xsmpai 10 org. Gji minima pon 20K ye.. Anda nak bagi?
So, mampukah saya dan rakan2 menambah bilangan 10org tuh?
apa yang penting, bukan setakat kerjsma yg mcm wonder pets tu,
study sungguh2, dan jalan di jalan yang benar. mesti akan berjaya.
So kepada pakcik Meon, ari tu saya da trgkan aktuari tu ape, jgn nak kaitkan ngn ikan lagi yer..
ikan tu Akuari, xpon akuarium.
So, apekah kos anda? Anda benar2 tahu ape sebenarnye kos yang anda amek? walaupon terpakse amek kos tersebut? Lu pikir la sendiri!
Fullstop !
----------------------------------------------------------------------------------
p/s: Klu aku berjaya dan bergaji 20K tersebut, aku belanje maggie kat KTHO okeh (:
-----------------------------------------------------------------------------------
Sila Mengomen.