mara? bengang? malu? semua ada, bercampur2.
kadang2 aku rasa sangat malu dengan apa yang orang sekeliling kita buat.
kenapa mereka buat camtu? bodohnya.
Di entri kali ini aku nak kongsi pendapat aku dengan masalah kaum yang berlaku sekarang ni.
aku rasa semua tahu tentang orang cina kutuk melayu, kutuk budaya, agama.
dengar bunyi macam kuang ajar kan?
Kalau tak nampak apa kat atas tu, meh aku clear kan, apa yang membangkitkan kemarahan orang melayu.
"malay all pig"
apakah? bunyi sangat sensitif,kan. ok, aku tak salah kan orang kita kalau mereka marah dengan statement nie.
tapi aku cukup rasa malu kalau kita kutuk diaorang balik.
mengapa kita nak kutuk diaorang balik? perlu ke kita cakap balik "cina babi", "cina bodoh", sial dan sebagainya?
kalau kita wat camtu, maksudnya kita sama je macam diaorang,kan.
Aku pon tak faham lah, aku bukan nak lebihkan mereka, tapi bagi aku bila kita kutuk diaorang balik macam satu tindakan bodoh aja.
bagi aku, mereka cuma tak tahu, sebab mungkin diaorang tak rapat dengan melayu.
jadi tugas kita nak bagitahu diaorang. siapa kita sebagai orang melayu. bukan orang yang layu.
Ada plak kes menghina islam, nabi muhammad. Ok, bila da sentuh isu agama, memang sangat sensitif.
they say "babi muhammad". memang hinanya seorang manusia tu bila menghina nabi sebenar2 agama ni,
jadi mereka pon kutuk2 la minah ni.
nanti kat akhirat nanti kalau ditanya "mengapa kamu biarkan perempuan ni sesat sesesat-sesatnya sepanjang hidupnya? dan bukan mengajarnya kebenaran islam?"
hah, apa korang nak jawab? kat dunia hanya mampu kutuk diaorang balik je, bukan nak bawak mereka kejalan kebaikan. sapa nak tanggung dosa? ibubapa anda kah?
Aku mengaku, aku tak arif sangat bab2 agama ni, tapi kita sebagai manusia ada pandangan logikal sendiri. bagi aku, untuk menyelesaikan masalah ada banyak cara, dan bukannya dengan kekasaran yang menunjukkan kita ni bangsa yang kasar. tak gitu kawan2?
nie aku tanye pendapat budak cina sendiri
Klik tuk lihat dengan jelas.
Jadi, kita kan 1 malaysia, buat apa nak gaduh. apa yang kita boleh buat, jalankan tugas anda sebagai orang melayu, orang malaysia, dan yang paling penting orang islam.
sudah!
-------------------------------------------------------------
hari ni monyet aku taknak masuk, dia kata bende2 nie racist.
-------------------------------------------------------------
Sila Mengomen.