Baru sampai UKM, lepas sambut befday mak aku kat umah.
ni dah nak exam, sempat lagi blogging.
tapi takpe, aku suka. korang suka ke aku blogging?
**************************************************
tajuk entry ni macam aku nak jual air ubat pulak. tet. salah.
saya bukan salesman. walaupon ramai cakap kalau aku jadi salesman mesti laku.
Sebenarnya aku nak story satu cerita ni.
semalam (sabtu) aku terserempak dengan kawan aku kat pasar malam.
nama dia mohaisin. gemok, pendek dan tak hensem. bapak dia aku lupa walaupon dulu aku suka ejek bapak dia.
dia macam selalu, kalau jumpa aku. mesti dia cakap camni.
"air jampi, air jampi" *sambil gelek2 macam budak tadika.*
kenapa perlu cakap air jampi kalau dia jumpa aku? hah. ni aku story.
***********************************************
Kisah ni masa aku darjah 4 dulu. walaupon agak lama, tapi aku masih ingat lagi benda ni.
memang tak boleh lupa.
Aku masa darjah 4 dulu kelas depan. kelas nombor 1. dalam kelas semua pandai2. termasuk la aku dan si mohaisin ni.
tu zaman kegemilangan aku la. now? hampeh.
aku dengan mohaisin ni memang rapat, walaupon selalu gaduh2 manja sebab ejek nama bapak. tapi aku rasa sebab tula kitaorang jadi rapat.
aku buat homework, dia tiru. dia buat homework, aku pinjam nak buat rujukan. *kononnya*
senang cerita, memang rapat la. you follow me, i follow u la bak kata omputeh.
***************************************************
kalau nak cerita pasal periksa ni, mak aku memang betul2 jaga pelajaran aku.
aku tak study, kena sebat dengan hanger. tak ngaji, pon sebat pakai hanger.
kalau buat math, salah sikit free2 dapat bongok.
dulu aku bawak botol macam ni la tiap2 hari pergi sekolah.
so, story start masa periksa akhir tahun. oleh kerana mak aku sangat menitik beratkan keputusan exam aku, mak aku sanggup pergi jumpa sorang ustaz ni, suruh buat air yasin suruh aku minum.
nak lapangkan hati aku time exam katanya.
"sebelum minum ni, baca selawat 3 kali. minum."
dulu memang tiap2 hari time exam, aku akan bawak air yasin ni. orang kata walaupon masa tu nakal2 ubi, aku dengar jugak cakap mak aku.
walaupon time tu aku tak tau pon function air tu untuk apa.
aku minum jugak mengikut cara2 yang mak aku suruh.
tapi aku tak tahu la apa jadi time final exam masa darjah 4 tu.
1st day aku exam, tak silap aku karangan bahasa melayu time tu.
aku sebelum start exam, aku buka botol air tu, tadah tangan. terkumat kamit mulut aku baca selawat.
mohaisin dari jauh usha panas je kat aku.
"krul, kau buat ape ni? bukan main lagi aku tengok."
"aku nak minum air jampi mak aku ni la.air ni mak aku cakap kalau aku minum aku boleh jawab periksa. kenapa?"
"weh, nak sikit. aku dah la tak mentelaah apa2 ni. sekurang2 nya minum air jampi mak kau ni, boleh la aku jawab. nak sikit!"
"nak minum, baca selawat 3kali. nah. jangan abiskan."
aku pon tanpa segan silu aku bagi jela dia minum. macam minum cocacola dah aku tengok dia minum.
abis je exam karangan tu, bukan main senyum dia. siap tunjuk ibu jari lagi kat aku. sah2 boleh jawab ni lepas minum air aku.
**************************************************
camtu jugak dengan exam esoknya. mintak lagi air yasin mak aku tu.
minum dengan suka hatinya.
aku pon rilek je, nak minum, minum la. jangan abiskan sudah. kang haus aku tak tau nak minum air apa.
dan benda ni berterusan la sampai kitaorang abis exam.
nak cerita, masa exam tu, kitaorang memang minum air tu, semata2 dalam kepala otak nak dapat result gempak.
*
*
*
*
*
*
*
*
2 minggu lepas tu.....
"semua oleh tengok result kat report kad masing2." *cikgu aku cakap*
aku wat muka rilek, aku ambik report card aku kat meja cikgu, tengok aku dapat nombor berapa.
42/43
second last? aku pandang mohaisin. muka dia aku tak tau nak discribe macamana time tu.
gelak, tapi macam sedih pon ada.
"krul, kau dapat nombor bape?"
"42, kau?"
"bagus. kau second last. aku LAST. 43 lah. aku rasa ni semua punca air jampi mak kau. cis! lain kali jangan bagi aku minum, faham!"
aku mampu gelak je time tu. sampai nak pecah perut aku gelak.
sory mohaisin, aku takde niat pon nak jadikan kau nombor last dalam kelas.
next year, darjah 5, aku masuk kelas nombor 5, mohaisin masuk kelas nombor 6. ambik kau.
p/s : air yasin, air yasin jugak. study jangan lupa bai. kejayaan tak datang bergolek.
Sila Mengomen.