Awak ikut saya, saya akan ikut awak. jadi kenapa?

uish, lama benor tak update blog ni. almaklum, busy memanjang.
tengok bilik pon dah macam blik stor masa cuti sem tu dah.
apa2pon aku update blog dulu sebelum aku update bilik. harap2 ular tak bertelur, tak pasal2 mati katak aku.

***********************************************

Tajuk entry ni mungkin akan mengugat keimanan sapa2 yang terasa. chewah.
bukan apa, cuma nak bagitahu pendapat je.
bukan niat nak melawan otai2 diluar sana tu.

"aku menyampah tengok blog orang yang guna konsep you follow me, i follow you, nampak desperate sangat nak follower"

kalau korang rajin buat blogwalking, korang akan nampak ayat atas ni bersepah, siap ada yang memaki hamun lagi sapa yang buat macam ni.
sebab yang selalu mereka debatkan, trafik lagi penting. follower banyak, trafik hampeh, tak guna.

Korang boleh tengok kat atas follower aku benda ni.

Ok, aku terasa. memang aku guna konsep ni. tapi aku tak nak insaf2, boleh tak?
sebab aku suka konsep ni.
bagi aku, follower tu penting untuk sesuatu blog.
macam cikgu BM aku masa form3 cakap,

"kalau buat karangan, pendahuluan yang paling penting. kalau pendahuluan korang best, karangan korang akan jadi best, kalau hancur, hancur la. macam perempuan, pertama sekali mesti tengok rupa paras dulu baru kenal hati budi. kalau rupa paras hampeh, khai tu mesti taknak ngorat dia" *sambil tuding jari kat aku.

So, aku ringkaskan follower ni macam rupa paras sesuatu blog. Contohnya, kalau korang wat blogwalking, tersinggah kat 1 blog yang follower nya 1000 orang, mesti korang nak tau apa ada kat blog tu kan?
kalau aku, konfem aku akan belek satu2 entry dia.

"Oh best gila baca blog dia. patot follower ramai"

Secara tak langsong, semangat aku untuk mencari entry2 best pon membuak2. nak update blog pon bersemangat.

**************************************************

Stop situ. kita cakap pasal "You follow me, I'll follow you" pulak.
adakah aku begitu desperado untuk mengaut follower?
aku bukan tulis macam ni.

"I follow you, You must follow me"

pegi mana2 blog, pastu follow, then paksa orang tu follow aku balik.
itu mungkin desperado.


kalau sapa2 rasa blog aku best, terbaik dan da bomb, korang follow la.
insyaallah aku akan follow korang balik.

********************************************

Tak adil la kalau korang tau dan follow cerita aku, aku tak tau cerita korang kan.
tak salah aku follow korang balik, boleh baca2 cerita baru korang. mana tau aku boleh share2 info kan.
yang penting kita semua happy dalam blogging, kan3?


Apa2pon, kita perlu mantapkan lagi isu2 dalam blog, baru ada orang terasa nak follow or baca2 entry sambil makan kacang.

hipotesis hari ini : Semakin best blog kita, semakin ramai orang baca, lantas semakin ramai follower dan juga semakin banyak trafik kita. 
kesimpulan : semakin tinggi trafik, semakin banyak duit advertlets aku dapat. kuang3..

Apa komen korang? adakah korang yang baca ni akan jadi anonymous dan memaki entry aku?


p/s : setiap makian korang aku akan masuk telinga kanan, proses jap kat otak dan keluar ikut hidung. aku hembus kuat2.


Sila Mengomen.