Kisah seorang perempuan, kekasihnya, dan teddy bear 2


Ok, hari nak sambung cerita aku di post sebelum ni.
sila pergi ke post sebelum ni kalau nak faham ye, kalau tak aku boleh jamin korang takkan faham cerita aku. =.='

*********************************************************

"janji tau! jumpa awak esok. miss you khai"

*
*
*

Sebenarnya, memang ada rahsia yang rosma simpan. Cuma rosma tak berani untuk luahkan kepada khai. khai tahu dan sedar tentang itu. tapi khai ego, bagi nya, biarla rosma sendiri menceritakannya, bukannya dengan memaksanya.

"mak tak paksa kau ros, tapi kau tengok la keluarga kita, orang susah. bersyukur la anak dato hadi tu datang meminang kau. kau terima jela. kau yakin ke khai boleh bagi kau makan nanti?"

ayat yang diluahkan ibunya itu dah beratus2 kali dia dengar sejak 3 bulan lepas. Anak dato' hadi, muis datang meminang rosma. tak dinafikan, muis kaya, segak, berkereta mewah, cuma hensem je dia kalah dengan khai. apa2pon nak senang cerita memang perpect guy la untuk perempuan-perempuan di muka bumi ni. rosma pikir sejenak. dia terdetik seperti memilih kaca sedangkan permata di depan mata. ah, cinta dia kat khai punya pasal kaca pon nampak berlian!

"Abg, jangan lupa esok pukul 3 kat tempat biasa. ada benda sangat2 penting ros nak bagitahu. ros tido dulu, gudnite."

tet.
message sent.

****************************************************

Hari yang dijanjikan.
rosma melihat jam digital yang ada di tangan kirinya, tertera 4.02p.m disitu. kelibat orang yang ditunggu2 tak jugak muncul2. janji 1 jam yang lepas. macam tak kenal lagi si khai tu. kalau berjanji nak jumpa kol 3, memang kol 4++ baru sampai. panas, marah, bengang tiba2 datang kedalam diri rosma. come on khai, hari ni hari sangat penting kau buat aku camni, bukan hari ni, selalu. hari ni aku marah khai, sangat2 marah. hati rosma berbisik.

tepat pukul 4.10 petang, baru nampak kelibat khai di hujung jalan. melambai2 tangannya sambil memegang teddybear yang menjadi pemujuk rosma. tapi hari ni tak jalan der. sebab rosma sangat2 marah, teddybear pon nampak macam parang panjang nak buat hentak orang2 sekeliling. lambat khai melintas, mungkin kereta banyak.

"nah, ini teddybear untuk u.. taraaaa"

*
*
*

pang! satu penampar melekat kat pipi khai. khai tersentap dan terkejut. tak pernah dia nampak rosma dalam keadaan macam tu. mencubit pon jarang apatah lagi menampar. jelas terpancar wajah terkujat khai kat situ. malu, dengan orang yang ada di sekeliling.

"kenapa dengan u ni ros? tiba2 tampar i?"

"u takde perasaan ke nak mintak maaf dengan i?! i bukan mintak lebih2, i love you ke, ape ke, i cuma nak u cakap sory or mintak maaf je! susah sangat ke? dah la sepanjang kita bersama, tak pernah you cakap i love you pon kat i. apatah lagi ayat maaf. u ni memang pentingkan diri tau!"

khai tersenyap seketika.

"penting sangat ke ayat maaf dan sayang dari i? penting sangat ke itu semua untuk u?"

"ya!! sangat penting untuk i. u memang pentingkan diri sendiri khai. betul cakap mak i, hidup dengan u memang tak kemana, dengan ego u tu. sudah la khai, kita putus, cukup la kita sampai disini. i menyesal pilih u."

berjujuran air mata rosma, rosma dah tidak tahan lagi dengan semua ini, rosma berlari melintas jalan yang besar didepannya tanpa menghiraukan kereta2 yang berjalan laju di jalan. khai mengejar rosma.

"ros!"

khai mengejar laju kearah rosma. tanpa menyedari satu objek besar menuju kearahnya. objek laju yang bakal melanggar tepat kearah badan si khai.

bum!

"tolong2, ada orang eksiden!"

rosma senyap, kaku. tidak berkata apa2. dia sendiri menjadi saksi pelanggaran itu. khai sudah tidak bernyawa, rosma tahu.

*************************************************

Hari ni tepat sebulan dari tarikh kematian khai. rosma memandang semua koleksi teddybear yang ada didalam locker kaca nya. tak berani dia nak sentuh semua teddy tu, takut akan memberi igauan ngeri buatnya.

"assalamualaikum, ros. aku datang ni, nak diskuss pasal projek kita."

ini nina, kawan sekolej dengan rosma. memang sudah plan hari ini untuk dia datang kerumah. untuk menyiapkan kerja2 yang tertunggak.

"masuklah. meh masuk bilik aku yang bersepah ni"

perkara pertama yang nina nampak, ialah koleksi teddybear yang rosma ada, yang dia simpan dalam locker nya.

"wah, banyak betul koleksi teddybear yer. jeles aku. pakwe aku belikan aku satu je teddybear yang pandai bercakap ni. huhu"

"bercakap? maksud kau?"

"la, kau tak tau ke? teddy ni pandai cakap la, kau tekan perut dia ni"

*
*
*
*

TET, IM SORRY. I LOVE YOU.

Rosma kaku. cepat dia merampas teddy ditangan nina, dan ditekannya banyak kali. still berbunyi benda yang sama.

TET, IM SORRY. I LOVE YOU. TET, IM SORRY. I LOVE YOU. TET, IM SORRY. I LOVE YOU.

begitu juga dengan teddybear yang lain. kesemua teddybear yang khai hadiah kan berbunyi "TET, IM SORRY. I LOVE YOU."

baru rosma sedar, selama ni, ayat tu yang khai cuba ucapkan hari2, cuma dia je yang tak sedar. nak menyesal pon dah tak guna. dah terlambat.


hah, amacam story aku? aku saja buat tergantung supaya korang selami apa yang dia rasa sekarang.
kalau korang jadi rosma, apa yang korang buat?
apa perasaan korang kalau korang adalah rosma ye?

kesimpulannya, aku juga orang seperti tu, aku sayang, aku suka, aku susah nak bagitahu kat dia. tapi aku percaya, aku berikan benda tu dalam bentuk yang lain. bukan dengan luahan dan ucapan semata2.
dan aku percaya suatu hari nanti dia akan sedar yang aku sayang kat dia. aku cintakan dia.
chewah.



p/s : end of story. aku banyak lagi story cintan2 ni. korang nak? haha




Sila Mengomen.