Mama, macamna nak sorok gajah?

"Khai, kalau kau hebat, bagi aku 3 cara nak masukkan kambing dalam peti ais"

"beli kambing, potong kambing jadik kecik2, masukkan dalam peti ais"

"tet, salah. bukak pintu peti ais, masukkan kambing, tutup. haha ngok. bagi aku 4 cara masukkan gajah pulak"

"ala, bukak pintu, masukkan gajah, tutup. lagi satu...... errmm.. ermm.."

"Sah2, kau ngok. bukak pintu peti ais, keluarkan la kambing dulu, masukkan gajah, tutup"

-sesi maki hamun sebab tak dapat jawab teka teki-

**********************************************************

Zaman kecik aku memang penuh teka teki. kadang2 time sekolah rendah dulu, kalau cikgu tak masuk kelas 1jam, kitaorang mesti menghabiskan masa dengan teka teki. 

"kau tak dapat jawab belanja aku sirap!"  *cara pau zaman dulu.

kadang2 bila da besar ni, dengar balik teka-teki dulu balik, macam kelaka je.
tergelak sorang2. tak logik langsung.

gajah, amik kau.*dalam imaginasi aku.

Tak da logika kan? 
Kalau nak cerita pasal mak aku, mak aku bukan nya suka sangat melayan teka teki ni. dia tau nanti aku mesti bagi soalan bukan2.
kang tak dapat jawab aku gelakkan kaw2. malu pulak dia.
so dia selalu menghindarkan diri dari jawab.

"Mama, macamna nak sorokkan gajah? dalam peti ais."

"Ah, kau ni tanya soalan bukan2 je. malas mama jawab"

=.='
aku tau mak aku tak tau jawapan dia, sebab tu dia kata macamtu.
kan3.

******************************************************

Apapapon, aku rindu la zaman teka teki dulu.
dah besar ni tak da yang nak main teka-teki lagi. masing2 sekarang tanya soalan math, isu2 semasa.
semua yang masuk exam je. teka teki kan tak masuk exam.

Ada sape2 nak main teka-teki dengan aku?
fullstop.


p/s: jangan bagi teka teki susah sangat wei, aku memang tak pandai main teka teki.


Sila Mengomen.