sudah la mama oi tengok shahir jerrr..

Sudah benor nak blogging skarang. nak gi cc pon kena tengok ade polis ke tak. biasa la moto tak bayar roadtax.
aku pon tak tau la nape la polis banyak sangat buat rondaan sekarang. ade gak 2,3 kali aku hampir kena tahan kat roadblock.
tapi berbekalkan muka selamba kacak aku, lepas la jugak. alhamdulillah..


Switch mood.

aku memang sangat bosan duduk rumah. aku baring, aku bangun balik, aku makan. tu je keje aku.
ni dah mula risau dah ada plak member ckp aku dah berisi. mana tak nya. 3 kali sehari makan. sekali makan plak tu macam 3tahun tak makan.
nasi menggunung je.
mana badan tak naik. tapi aku tak bape kesah sangat aku ni gemok ke tak.
tiba2 aku teringat plak adik aku ckap.

"kau dah la pendek, kang ko gemok pendek hodoh dowh"

ahh, lantak la aku nak gemok ke tak. janji hati aku gembira.
wakaka

Ok, kembali kepada topik aku kat atas tuh. nak story bab shahir ni hah.
korang semua kenal shahir tak?
ni hah gambar dia.

"cak, nama pakcik shahir."

eh, banyak la ko pakcik. bukan ni. ni peminat shahir (mungkin kot).
yang ni baru betul.


ni hah dia shahir af8. mak aku minat gila kat dia. setiap kali ulangan kat astro tuh mak aku duduk depan tb tengok dia ni.
tapi tengok dia je. budak2 af lain dia tak tengok.

macam satu masa nih. balik2 umah lepas niaga je dia pesan.

"dah2 jangan kacau mama tido. mama penat ni"

biasala, mak aku niaga pagi sampai kol11 gitu, balik2 umah terus tido. n selalunya mak aku akan bangun sebelom zohor.
so kami2 ni takde la nak kacau dia tido. dia penatkan.

bukak tv, ada ulangan af. cantik2 time tuh shahir tengah nyanyi.
secara tiba2 je mak aku bangun, dan berkata.

"tengok shahir dulu la, baru tido"

*****************************************************

tu ok lagi la. ni mak aku suh buat ringtone, caller ringtone semua lagu si shahir.
tiap2 hari kalau bosan paksa aku bukak lagu shahir.

apa la hebat sangat si shahir ni? yela aku akui dia hensem, sore sedap.
orang puteh kata "package complete". erk?
aku?
biasa2 je minat dia ni. aku takde la layan sangat af. tapi aku tak benci gak. sekadar tengok2 dan follow perkembangan semasa jer.
ada jugak budak2 kalau aku cakap pasal af, dia akan cakap,

"ekeleh minat af, apa barang minat af?"

tapi aku ok je. biasa la hiburan, sapa tak minat kan?
ni lagi satu cerita, ada ke patot dia perli aku.

tengah sedap duk membuang kat bilik air, secara tak sedar ter"nyanyi" plak lagu shahir. baru sebaris aku nyanyi, aku dengar macam ada je yang bercakap.

"hai long, kata tak minat shahir, tu macam lagu shahir je tuuu"

hah, sah2 mak aku la tuh.




p/s : aku dah siap kan beberapa cerita cinta rekaan aku ni,  nak post kat blog. korang baca tak cerita2 cinta rekaan aku nih? ada yang cakap suka dengan cerita cintan aku.. berepisod jugak macam cter si teddy bear aku dulu tu. mahu?


Sila Mengomen.